Kali ni cerita trip kk-kundasang. Kundasang adalah one of my favorite place in Malaysia. Sangat cantik, view dekat Kundasang rasanya 1 dalam Malaysia. One thing, sebab tak ada pembangunan melampau, which I really hope it will stay that way.
Tips
1) Kalau hampa semua turun flight dari KK or Sandakan better sewa kereta ja drive ke kundasang. Cadangan saya, turun airport KK la, dekat sikit. KK - Kundasang 2 jam saja drive.
2) Kalau datang time cuti sekolah silalah booked siap2 semua benda. contohnya hotel dan kereta. Kalau nak view super awesome, boleh try book Rocky Mountain Lodge and Kinabalu Pine Resort. Book mestilah sebulan or dua bulan awal. Tapi kalau nasib baik, dapat jugak walk in. Tapi setakat ni tak pernah lagi kami dapat tempat ni walk in. Kalau ramai-ramai boleh stay di Mesilau Homestay, google ek, hilang plak no phone dia.
![]() |
| Kinabalu Pine Resort (sumber. google) |
3) Desa Dairy Farm, tempat wajib korang pergi time dekat Kundasang. Bayaran masuk RM4/RM5 seorang. Ada jual susu, ice cream, hot dog. Sila beli ice cream yoghurt yang super sedap!! Ada goat feeding, calf barn, calf feeding, photo area. Mostly tempat ni sangat sesuai untuk tangkap gambar, jalan2 dengan yang tersayang, dengan cuaca yang nyaman, memang best!! just ada bau2 lembu sikit.
Yang pastinya best! Mama dengan abah siap ajak masuk tempat ni dua kali time datang hari tu.
4)Selain dari Desa Dairy farm, boleh jugak pegi Kinabalu national park, tangkap gambar. War Memorial, Tagal Morali (gitu ke eja?) ada ikan besar gigit kaki. Poring, ada canopy walk. Nak habiskan semua dengan tenang and enjoyable, sila spend dua hari di Kundasang baru la tak rushing
Owh, kalau dari KK boleh singgah Pekan Nabalu tengok2 souvenir.
![]() |
| War Memorial park |
![]() |
| Canopy Walk Poring |
![]() |
| Tagal Moroli Kampung Luanti Baru |
![]() |
| Pekan Nabalu |
Untuk Kundasang rasanya, ni je la yang dapat di kongsi. Siapa-siapa yang pernah pergi Kundasang mesti wajib terpesona dengan tempatnya dan orang-orangnya yang cun!
Love
Bini Backpacker













No comments:
Post a Comment