Monday, 11 May 2015

Road Trip Kinabatangan

Assalamualakum / Hai :)

Cepat la cutiiiii!!!! Sabar la...18 hari lagi sebelum terbang :)

Sementara nak terbang, kita road trip dekat-dekat dulu la. Kerja jauh dari negeri sendiri ni best, boleh berjalan tengok tempat orang, tengok budaya orang. Bessst!!

Road Trip kali ni, kami pegi KINABATANGAN, Sabah. Jarang-jarang la orang Malaysia kita pilih nak pi sini, majoriti nak p Kundasang, KK ataupun Mabul. Tapi kalau mat salleh suka mai sini, sebab dia ada natural safari,boleh duduk dalam hutan, tengok gajah, tengok hornbill, tengok buaya dalam habitat semulajadi.

So, here goes the trip

10.00 Pagi - Bertolak dari Sandakan

12.00 Pagi - Sampai ke tempat River criuse . Malangnya tempat tu rehat pukul 12. Rupanya ada masa untuk setiap trip. Kalau tak salah pagi pukul 8.00 a.m pastu 4.00 p.m

12.30 - Kami decide pergi muzium Arkeologi Batu Putih. Dekat sini ada keranda  dalam gua yang kita. En. Husband cakap gua dia macam dalam cerita pendekar dulu-dulu. Hehe..rasanya depa shooting dekat sini la kot. Tangga nak naik ke tempat view dia adalah sangat meletihkan. Sampai atas dah tercungap2, tak dapat nak tangkap gambar. Bayaran masuk RM2  sahaja
Tangga Ke View Point

Keranda




Keranda dari kayu berlian

Gua Batu Putih
 1.30 p.m - Kami gerak ke Gua Gomantong. Dalam gua ni ada sarang burung layang-layang rasanya sentiasa ada pekerja dekat sini kutip sarang burung. Gua ni ada bau yang saaaaaaangat unik..hehehe... may be sebab banyak taik burung and lipas kat lantai gua.  Bayaran masuk RM5 seorang


2.30p.m- Gerak semula ke sungai Kinabatangan untuk river cruise. Singgah solat dekat Masjid Area Batu putih.

3.00 p.m- Sampai dekat office river cruise. Dia cakap trip pukul 4.30p.m Sebab hujan , tunggu cuaca elok sikit. Kami join satu group ni join naik boat dengan diaorang. Bayaran kalau group 8 orang macam kami hari tu RM40 seorang. Kalau tak mau campur dengan orang lain pun boleh. Satu boat untuk 2 orang dia kira RM120

5.00 p.m - Boat gerak lambat sebab hujan lebat gila. Time ni tau dah harapan nak tengik binatang tipis. Haih. Gajah pun tak nampak. Namapak monyet ekor panjang, Hornbill, dengan Babi hutan je. On the way balik tu, tiba2 boat man cakap ada buaya. Excited dah time nie, boat man pun berhenti. Semua pun tengok dengan khusyuknya dua -tiga ekor buaya dengan jarak 3 meter je dari boat. Tengah semua dok syok tengok tak sedar ada buaya approach kami punya boat. Sekali tengok dia libas ekor tepi boat. Terus boat man gerak balik jeti. Awesome yet scary moment :)




Dalam pukul 6 lebih , kami gerak balik Sandakan. Can't wait for our next trip ;)
 
Love Bini Backpacker
 


Monday, 20 April 2015

Persediaan Ke Jakarta

Assalamualaikum/ hai2

Patutnya nak update post ke Bukit Tinggi. Tapi macam tak ada idea lagi..hehe..nanti la ya..

Okay, trip ke Jakarta in less then two months.Kenapa Jakarta? Sebab...entah..dok tengok tiket2 flight semua, lepas tu cakap kat En.Suami," Jakarta jom!" En.Suami pun jawab la okay. Senangnya!! mula mula2 ingat En.Suami main2 je. dah respond pun sangat pantas and pendek. Tiba2 dia dah beli. Hehehe best! Alhamdulillah, dua-dua kaki jalan.

TIKET
Untuk trip KUL-CGK (JAKARTA) kami guna MALINDO AIR. Pastu CGK-KUL naik AIR ASIA. Sebab tgk dekat skyscanner/kayak yang ni paling murah. Return seorang dalam RM200 jugak la. Mahal ke tak? okay kot.

HOTEL
Kali ni kami decide nak try booking.com sebab ramai backpackers guna booking.com selama ni dok guna agoda ja. Alhamdulillah tak pernah lagi kena tipu dengan agoda. Tips sikit, rajin2 la baca review pasal hotel tu. Semua review adalah telus. Serius telus.

Bandung : Unique Guesthouse RM42/ nigh termasuk sarapan
Jakarta      : Tak Sure lagi

TRANSPORT
Okay, dari Jakarta plan nak ambik train ke Bandung. Dekat bandung dah book supir dari HAYUKA BANDOENG. Pm je korang punya itinerary nanti diaorang akan bagi total cost. Kenapa amek supir? Sebab, kalau boleh nak jimat masa, sebab pegi pun berapa hari ja, kalau boleh nak enjoy the journey tengok2 tempat orang dengan tenang tanpa perlu sesat. Tapi, lain orang lain caranya. Ikut la nak ambik supir ka tak. Janji blh berjalan!! hehe 

PLACE OF INTEREST
Hasil bertanya dengan Mak Cik Google, dia cakap banya gila tempat awesome kat Jakarta-Bandung. Tapi rasanya tak sempat nak cover semua. Antarnya ialah
Kawah putih, tangkuban perahu, float market, trans studio, Taman Safari Bogor. Shopping Complex yang banyak gila!! hehe.

I always love asking Mak Cik Google, she is such a nice lady. hehe. Okay, tu ja kot. Nanti update lagi. Jangan takut nak pergi tanpa ejen. Paling penting banyakkan membaca, jangan malu tanya-tanya kat makcik Google.

Love
Bini Backpacker

Saturday, 11 April 2015

Melaka Trip

Assalamulaikum/ Hai

Trip ke Melaka memang dah tau nak pegi sebab kenduri bestie orang Sabah yang kawin dengan orang Melaka. Tapi sebab dalam Malaysia, so kami tak book hotel. Which is a big Mistake, sebab hujung tahun cuti sekolah, and Melaka ada baaaanyak tempat yang kita boleh berjalan. MISTAKE!

Sampai je Melaka terus cari hotel dulu, ada la beberapa hotel kami pegi, semua penuh. En. Suami dah letih gila sebab sebenarnya baru ja balik dari Krabi. Pusing punya pusing kami nampak LOTUS INN.
So, terus singgah, and Alhamdulillah ada kosong. Lobby dia biasa la, budget hotel, tak expect appa2 pun.

Kitaorang pun naik tingkat satu, nak ke bilik..gelap...lorong ke bilik adalah GELAP!! semua pintu bilik terbukak! I was stunned. WTH  is this? I know, En.Suami pun rasa benda yang sama, tapi dah bayar. So, we finally get into our room which is come from a different era, may be 1980 or 1970 where things are still black and white

Semua benda klasik, ada TV kecik kat atas rak yang tinggi, tingkap yang dulu-dulu, meja solek kayu yang klasik. It is just like the ghost story you watch  where you scream STUPID COUPLE GET THE HELL OUT FROM THERE!! . Yeah it gives me that feeling.

Tapi , overall, aircond okay sejuk,tv pun ada kira okay la. The best part is, lepas kami check in tu, ada 3 or 4 bus masuk check in jugak. So, tak la scary sangat.  Lepas pegi kenduri member, En Suami, nak rehat-rehat dulu, tempat kami nak pegi malam ni ialah Jonker Walk dan Klebang! :)

Dengan bantuan Waze, konon nak elak Jam, sampailah kami ke Klebang. Anywho, Install la waze, dah la comel, senang gila nak guna. Owh, bus cafe kat kelabang memang best!! Luckily kami dapat makan atas bus tu. Hehe..mula-mula round tengok semua penuh, Alhamdulillah, balik tu nampak ada kosong, terus la kami naik. Yess, Klebang Coconut Shake is the best!

Dalam Kedai Makan Atas Bus







Penuhkan perut, makan-makan, lepas tu kami ke Jonker Walk. I wonder, what it is. Sebab dari kenduri lagi ada member dok suggest pi Jonker Walk. Owh, untuk kaki jalan macam Bini Backpacker ni semua pun seronok. Hehehe. Orang ramai tahap extreme!!! Apa yang best ek? Kami sempat makan cendol klasik. Ada tanda halal. Mula-mula tak ada orang melayu pun makan situ. Tapi kami yakin tengok halal dia, so kami pun duduk la makan. Agaknya muka kami ni menarik kot, ramai plak muslim lain yang datang join lepas kami. Cendol dia awesome!!!

Picture from google

picture from google
That's all for Melaka. Coming up next. Bukit Tinggi!

Love
Bini Backpacker

Sunday, 5 April 2015

Trip Kundasang Sabah

Assalamualaikum and hai2!!

Kali ni cerita trip kk-kundasang. Kundasang adalah one of my favorite place in Malaysia. Sangat cantik, view dekat Kundasang rasanya 1 dalam Malaysia. One thing, sebab tak ada pembangunan melampau, which I really hope it will stay that way.



Tips
1) Kalau hampa semua turun flight dari KK or Sandakan better sewa kereta ja drive ke kundasang. Cadangan saya, turun airport KK la, dekat sikit. KK - Kundasang 2 jam saja drive.

2) Kalau datang time cuti sekolah silalah booked siap2 semua benda. contohnya hotel dan kereta. Kalau nak view  super awesome, boleh try book Rocky Mountain Lodge and Kinabalu Pine Resort. Book mestilah sebulan or dua bulan awal. Tapi kalau nasib baik, dapat jugak walk in. Tapi setakat ni tak pernah lagi kami dapat tempat ni walk in. Kalau ramai-ramai boleh stay di  Mesilau Homestay, google ek, hilang plak no phone dia.
Kinabalu Pine Resort (sumber. google)



3) Desa Dairy Farm, tempat wajib korang pergi time dekat Kundasang. Bayaran masuk RM4/RM5 seorang. Ada jual susu, ice cream, hot dog. Sila beli ice cream yoghurt yang super sedap!! Ada goat feeding, calf barn, calf feeding, photo area. Mostly tempat ni sangat sesuai untuk tangkap gambar, jalan2 dengan yang tersayang, dengan cuaca yang nyaman, memang best!! just ada bau2 lembu sikit.







Yang pastinya best! Mama dengan abah siap ajak masuk tempat ni dua kali time datang hari tu.

4)Selain dari Desa Dairy farm, boleh jugak pegi Kinabalu national park, tangkap gambar. War Memorial, Tagal Morali (gitu ke eja?) ada ikan besar gigit kaki. Poring, ada canopy walk. Nak habiskan semua dengan tenang and enjoyable, sila spend dua hari di Kundasang baru la tak rushing
Owh, kalau dari KK boleh singgah Pekan Nabalu tengok2 souvenir. 

War Memorial park

Canopy Walk Poring

Tagal Moroli Kampung Luanti Baru

Pekan Nabalu

Untuk Kundasang rasanya, ni je la yang dapat di kongsi. Siapa-siapa yang pernah pergi Kundasang mesti wajib terpesona dengan tempatnya dan orang-orangnya yang cun!

Love
Bini Backpacker



Friday, 3 April 2015

Itinerary Krabi

Assalamualaikum and Hai.

Still Krabi lagi, nak letak semua dalam satu post kang jadi thesis. Payah plak kalau panjang sangat. Satu benda yang buat kami amaze dengan Krabi ialah diaorang saaaangat menjaga kebersihan tempat pelancongan. Pantai saaangat bersih, hot stream tak ada sampah pun keliling. TAPI toilet perempuan time kat island mana satu ntah sangat kotor. Pad yang bersepah atas lantai. Kotor la! Satu toilet tu ja la.

Okay back to Itinerary

 Day 1
Kami sampai krabi awal jugak, dalam pukul 2. Aktivitinya :
- Bus dari Airport, terus ke Ao Nang Beach (The Dream Garden)
- Check in
- Jalan-jalan survey pakej untuk esok.
- Balik bilik solat
- Jalan-jalan lagi
- Minum di Bamboo restaurant, jatuh hati dengan tomyam Awesome!!
- Massage, massage, buat foot massage je. Tapi memang best rasa kaki pastu. En. Husband separuh menangis kena massage. hahaha
- Jalan-jalan lagin cari pancake makcik Yaminlah, and jumpa!!
-balik bilik naik tuk-tuk
- Balik tido!

Day 2
- Bangun pagi, breakfast roti beli dari 7e. (Tengok la yang ada tanda halal, boleh gugel tengok tanda halal yang sah)
- Tunggu van depan hotel. Kami ambil pakej tiger cave, elephant trekking, emerald pool, hot stream.
- Jrak dari satu tempat ke tempat yang lain agak jauh. Tapi saaaangat best! Emerald pool ada satu kolam kena jalan sikit, bila kita tepuk tangan banyak2 kali ada buih akan keluar ikut tepukkan kita. Dekat emerald pool boleh mandi, so jangan lupa pakai baju yang sesuai! :)
-Hot stream plak memang air sungai natural yang panas, relax sangat rasa rendam kaki kat situ.
-Tiger cave x ada apa pon sebenarnya.
- Elephant trekking pun best!!
-Habis semua dalam pukul 4.
-Sewa moto 2 hari
- Balik bilik, rehat and solat, keluar makan
- Dinner PANCAKE YAMILAH, dan street food, yang jual2 atas moto
- Makan-makan-makan--tido

Day 3
-Bangun pagi, still macam kemarin, breakfast roti beli dekat 7e
-Kali ni tunggu transport untuk pakej phi-phi island (Hari Paaaling Best!!)
- Berkumpul tepi pantai, register dan diberi nombor boat.
- Check nama, naik bila dipanggil, kalau boleh amek la yang kita nampak view luar. Sebab pemandangan dia cantik gila!!
- Setiap pulau kita singgah boleh mandi, x payah fikir tukar baju semua
sebab memang akan basah sepanjang hari.
- Atas boat ada free flow coke + mineral water.
- Makan di phi-phi island. Halal food, husband sempat sembang dengan pekerja dia lagi, kebetulan malam tu ada game Malaysia vs Thailand.
- Makan macam dekan Dewan Makan sekolah, tapi sedap! may be gak dah lapar asek berendam ja.
- Sambung balik lawatan.
- Sampai di Aonang Beach pukul 5
-otw balik nampak pasar malam, macam untuk orang local. plan nak pegi.
- Balik bilik, solat, bersihkan badan.
-Book transport ke Airport, kami piih naik van
- Husband bawak g cari pasar malam tadi
- Pusing2 Ao Nang
- Makan Pancake+ Pulut Mangga + Fruit Juice
- Cari ole2

Day 4
- Breakfast Bamboo restaurant
- Check out simpan beg dekat receptionist
-Jalan-jalan naik moto lagi
- Makan-makan
-Tunggu van depan hotel

Here we are in Malaysia!! :)
*Untuk pakej murah memang kena rajin tanya-tanya mintak tawar.

Love
Bini Backpacker






Thursday, 2 April 2015

Kudatang KUDAT!!!!

Bunga Melati di tepi kali,
Ayam serama duduk bersimpuh,
Kaki melangkah jauh sekali,
Banyak pengalaman akan ditempuh....

Hahahahahahahhaa... Gila apa guwa pantun petang2 mcm ni... Time ni bini guwa tengah layan movie... guwa? cangak apa nak tengok drama melayu petang2 cenggini... ngantok bai... kot kalau duk melepak tepi pantai tengok sunset (matahari terbenam... in case la kalau xfaham...) hahahahha...

Dah baca pantun atas tu kan? Ada kena mengena dengan benda yang guwa nak cita kat mengkome sume... last week.. guwa dapat arahan untuk gi meeting di KUDAT... di ulang KUDAT... tak taw kat mana? sila GOOGLE sendiri... hahahaha... kat sabah la... penah tengok peta sabah? yang bahagian atas dia macam ada tanduk tu? Haaaaa... kat sinun lerrr.... Okay... Alang2 kena gi meeting kan? Dalam otak guwa baik jalan2 kat SIMPANG MENGAYAU.... tempat yang WAJIB gi kalau ke kudat.. di ulang.. WAJIB (baca dengan ada kolakolah kubro... =).. why? kenapa? awat? bakpo? sebab view dia saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat cantek!!!!

Perjalanan guwa bermula dari SANDAKAN... Beli tiket flight AIR ASIA (murah gila bak hang!!!) Kebetulan lagi murah dari tiket bas... errrrrrr... tapi landing kat KOTA KINABALU la...  Flight dari sandakan mengambil masa lebih kurang 40 minit... Sesampainya di sana guwa diambil oleh sebiji (sebuah ke sebiji???? Konpius) BAS. Dari sana kami terus menuju ke KUDAT... Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2-3 jam (sepatutnya laa) akan tetapi perjalanan guwa dan enchik BAS agak lama... Dari 4 petang dan sampai di KUDAT dalam jam 10 malam.. 6 JAM!!! kenapa? hahaha.. okay... on the way ke kudat.. hangpa semua akan melalui jalan kampung... dan view suasana desa yang permai... (tapi guwa sempat tgk sat ja sebab kat SABAH kan gelap awal).. Di pertengahan jalan kami stop makan apa semua... tu yang sampai 6 jam tu... sampai di MARINA GOLF RESORT terus tido sebab esok pagi meeting... hahahahaha... sekian cerita guwa..

opssss.... leklu der... hehehe.. cerita kat meeting keesokkan harinya guwa skip la.. sebab bini guwa dah tanya tulis karangan ke blog.. hahahaha... Okay... Habis meeting dalam pukul 4... terus guwa dan rombongan meeting gi ke SIMPANG MENGAYAU... perjalanan dari tempat meeting dalam 30 jam gak la.. hangpa akan melalui jalan kampung yang akan buat hangpa fikir "Malaysia ke ni?".. hahaha..
 Sampai sana... Layan sunset dan view dia... Masyaallah.. cantik sangat... Nah.. guwa belanja beberapa keping... (Snap guna HP ja woi.. senang)

Ni Lambang Kemegahan KUDAT

See??? Vantik kan?

Boleh turun bawah

Bleh tangkap syahdu ooo.. Teringat bini...
LAKI BACKPACKER

Tuesday, 31 March 2015

Tips Ke Krabi.

Assalamualaikum and Hai!

Krabi ni semua en. suami yang uruskan tiket dan hotel. Sebab hadiah honeymoon katanya. Tempat pertama kami melancong sama-sama. Yang confirm kami book hanyalah hotel dan flight. Honestly Krabi is a good place for those who wants to try backpacking solo or group. Sangat mudah.

1) Book ticket flight. ATAU boleh travel pakai train. Awesome kan?

2) Book hotel. Agoda.com ada, booking.com pun ada. Tapi selalu kami guna agoda senang. Time ni kami stay dekat Dream Garden. Betul-betul depan mcd dan 7e, sebelah farmasi. INGAT, pilih hotel dekat Ao Nang Beach, bukan Krabi Town.

Review Dream Garden : Highly recommended. Bilik sangat cantik, room service setiap hari. Bila balik dari jalan2 bilik siap kemas. Towel berganti. Semua best. Ada beranda lagi kat luar. Overall memang puas hati dengan Dream Garden. Siap dia buat towel bentuk love lagi. Comel!!

Dream Garden. Picture from ME.

3) Okay, sampai saja dekat airport krabi, kita ada dua pilihan. Nak naik van atau nak naik bus.  Van waktu kami dekat sana 600 baht satu kereta. Bus pulak 150 baht per person. Kami pilih naik bus! Jimat sikit.  Tapi kalau pi ramai-ramai naik van pun tak apa. Lagi jimat kongsi-kongsi.

Macamana nak dapat bus? Keluar je dekat area tempat ambil beg ada baaaaaanyak kaunter BUS. Cari ke Ao Nang Beach. Ada orang akan tunggu depan pintu arrival. Tunjuk tiket, cakap hotel mana kita stay, dia akan catit dan cakap dekat driver bus. Nanti diaorang akan bagitahu kalau dah sampai.
Senangkan?

Banyak tips cakap dia akan berhenti kat satu tempat ni untuk offer pakej2.Tapi time kami naik tu tak ada pulak. So, depa kata kalau ada orang offer time kita atas bus, tolak je offer tu kata dah book. Sebab bersepah pakej dekat Ao Nang Beach. Lagi murah and boleh nego. Okay :)

4) Sampai hotel. Check in, jalan-jalan la cari pakej untuk aktiviti dekat sana. Ada backpacker tegar, diaorg sewa moto je and explore sendiri. Untuk first timer macam kami, kami cari pakej yang murah. Encik Suami adalah sangat pandai negi. So, kami dapat murah time tu.

Pakej : Emerald pool + elephant trekking + hot stream+tiger cave
Pakej : Phi Phi island and the geng. Tak ingat berapa pulau

semua pakej ni termasuk transport. tiket entrance. makanan halal. mineral water. coke. buah-buahan. snorkeling gear.

kira enjoy the moment je lagi. Van dia guna pun sangat selesa. Macam dalam hotel plak rasa duduk dalam van (okay over). Tapi memamng selesa la. Tunggu je depan hotel, depa akan hantar transport ambik kita. No worries.


semua tempat pun Awesome!1 pantai sangat cantik. Kitaorang duduk depan sekali dekat luar. Sanggup sun bath walaupun dua-dua tak putih mana. Worth the sunburn, sebab nampak view yang sangat best, kalau duduk dalam boat payah sikit nak tengok.

5) Makan semua tak susah cari. Make sure cari yang halal dan diyakini okay. Try pancake macik yamilah!! MESTI!! MESTI! nampak tak betapa penting? Tomyam kat bamboo restaurant pun sedap gila!! Ada deretan kedai makan atas moto kat hujung pantai Ao Nang depan POLIS PELANCONG. Serius hujung. Kalau stay dekat area mcD memang jauh gak nak jalan.

Yang penting ni ja kot. Enjoy your holiday.




Love
Bini Backpacker


Rancangnya nak simpan semua kenangan backpacking kami sama-sama.  Nak simpan semua hasil 'gugelan' kami. Sebab dah rasa letihnya cari info susah nak jumpa.Hopefully one day blog ni akan membantu backpackers sekalian.

Love
Bini Backpacker