Krabi ni semua en. suami yang uruskan tiket dan hotel. Sebab hadiah honeymoon katanya. Tempat pertama kami melancong sama-sama. Yang confirm kami book hanyalah hotel dan flight. Honestly Krabi is a good place for those who wants to try backpacking solo or group. Sangat mudah.
1) Book ticket flight. ATAU boleh travel pakai train. Awesome kan?
2) Book hotel. Agoda.com ada, booking.com pun ada. Tapi selalu kami guna agoda senang. Time ni kami stay dekat Dream Garden. Betul-betul depan mcd dan 7e, sebelah farmasi. INGAT, pilih hotel dekat Ao Nang Beach, bukan Krabi Town.
Review Dream Garden : Highly recommended. Bilik sangat cantik, room service setiap hari. Bila balik dari jalan2 bilik siap kemas. Towel berganti. Semua best. Ada beranda lagi kat luar. Overall memang puas hati dengan Dream Garden. Siap dia buat towel bentuk love lagi. Comel!!
![]() |
| Dream Garden. Picture from ME. |
3) Okay, sampai saja dekat airport krabi, kita ada dua pilihan. Nak naik van atau nak naik bus. Van waktu kami dekat sana 600 baht satu kereta. Bus pulak 150 baht per person. Kami pilih naik bus! Jimat sikit. Tapi kalau pi ramai-ramai naik van pun tak apa. Lagi jimat kongsi-kongsi.
Macamana nak dapat bus? Keluar je dekat area tempat ambil beg ada baaaaaanyak kaunter BUS. Cari ke Ao Nang Beach. Ada orang akan tunggu depan pintu arrival. Tunjuk tiket, cakap hotel mana kita stay, dia akan catit dan cakap dekat driver bus. Nanti diaorang akan bagitahu kalau dah sampai.
Senangkan?
Banyak tips cakap dia akan berhenti kat satu tempat ni untuk offer pakej2.Tapi time kami naik tu tak ada pulak. So, depa kata kalau ada orang offer time kita atas bus, tolak je offer tu kata dah book. Sebab bersepah pakej dekat Ao Nang Beach. Lagi murah and boleh nego. Okay :)
4) Sampai hotel. Check in, jalan-jalan la cari pakej untuk aktiviti dekat sana. Ada backpacker tegar, diaorg sewa moto je and explore sendiri. Untuk first timer macam kami, kami cari pakej yang murah. Encik Suami adalah sangat pandai negi. So, kami dapat murah time tu.
Pakej : Emerald pool + elephant trekking + hot stream+tiger cave
Pakej : Phi Phi island and the geng. Tak ingat berapa pulau
semua pakej ni termasuk transport. tiket entrance. makanan halal. mineral water. coke. buah-buahan. snorkeling gear.
kira enjoy the moment je lagi. Van dia guna pun sangat selesa. Macam dalam hotel plak rasa duduk dalam van (okay over). Tapi memamng selesa la. Tunggu je depan hotel, depa akan hantar transport ambik kita. No worries.
semua tempat pun Awesome!1 pantai sangat cantik. Kitaorang duduk depan sekali dekat luar. Sanggup sun bath walaupun dua-dua tak putih mana. Worth the sunburn, sebab nampak view yang sangat best, kalau duduk dalam boat payah sikit nak tengok.
5) Makan semua tak susah cari. Make sure cari yang halal dan diyakini okay. Try pancake macik yamilah!! MESTI!! MESTI! nampak tak betapa penting? Tomyam kat bamboo restaurant pun sedap gila!! Ada deretan kedai makan atas moto kat hujung pantai Ao Nang depan POLIS PELANCONG. Serius hujung. Kalau stay dekat area mcD memang jauh gak nak jalan.
Yang penting ni ja kot. Enjoy your holiday.
Love
Bini Backpacker




